...KELebIhAn BeRSelAwaT...
1) Sabda Rasullah SAW
: Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan
rahmat keatasnya 10 kali ganda
2) Allah akan hapuskan
dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali
selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan
oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan
bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada
penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang
sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal
membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan
fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca
selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan
pemikiran. Disamping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang
mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan
lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid
Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat
mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang
berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela
seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang
amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh
kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11
kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya
menjadi lebih disenangi dikalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali
sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang
diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang
berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat
keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat
sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan
Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab
Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib &
Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.

No comments:
Post a Comment