18 January 2013

di sebalik muzik

malam ni rase terpanggil untuk share satu lagu yg menjdi favourite kalau on mp3,kalau on laptop dan kalau on youtube :D tajuk lagu tu RATU SHAHADAH BY IN-TEAM

di sebalik not-not muzik yang best di dengar tu,terdapat satu sejarah tentang ASIAH.. siape ASIAH yang sampai saya nak share sangat nih..artis ke die??jutawan ke die??ahli potik ke die??
malangnya bukan..ASIAH adalah seorang isteri kepada Firaun dan seorang yang taat akan Allah S.W.T.... RATU SHAHADAH mengisahkan tentang Asiah yang dipancung oleh suaminya kerana tidak mengaku bahawa Firaun itu adalah tuhan.. tabahnya hati wanita yang imannya berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah itu.. 

oklah,selamat menyelami lagi tentang Asiah melalui video ini.. Wahai para wanita,jadikanlah cerita Asiah sebagai panduan hidup,ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama orang yang berada di jalanNya <3



-spread the history of Islam-

KELEBIHAN BERSELAWAT

...KELebIhAn BeRSelAwaT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda 

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Disamping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.

11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi dikalangan orang lain.

12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.

13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.

14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.

15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.