9 May 2012

Larangan Saling Membahayakan ^^

Abu Sa'id, Sa'ad bin Sinan Al-Khudri RA melaporkan, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, " Janganlah engkau berbuat mudarat  kepada orang lain dan jangan pula engkau membalas mudarat dengan mudarat yang sama. "
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Daruqutni )

"Janganlah engkau berbuat mudarat kepada orang lain. " Maksudnya, kita tidak boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain tanpa alasan yang jelas.

Kita tidak boleh melakukan perbuatan yang membahayakan dan merugikan orang lain kerana jika kita melakukakannya, bererti kita berbuat zalim kepadanya. Padahal, Allah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya sendiri dan kita semua.

"Dan jangan pula engkau membalas mudarat dengan mudarat yang sama. " Maksudnya, kita tidak boleh membalas kejahatan orang lain atau menimpakan mudarat kepada orang lain yang menimpakan mudarat kepada kita. Jika ada orang yang mencaci kita, kita tidak boleh mencaci nya semula. Jika ada orang merendahkan kehormatan kita, kita tidak boleh membalasnya semula dengan merendahkan kehormatannya pula.



Nabi bersabda, "Cacian yang diucapkan oleh dua orang yang saling mencela, maka dosanya adalah bagi orang yang memulakannya, selama orang yang dizalimi itu tidak melampaui batas dengan membalas cacian yang lebih daripada yang dicacikan terhadapnya. "

Ada juga ulama' yang berpendapat bahawa erti hadis ini adalah janganlah seseorang itu melakukan perbuatan yang berbahaya atau merugikan orang lain yang tidakdia lakukan pada dirinya. Dan janganlah seseorang saling menimbulkan bahaya atau kerugian  ke atas orang lain.

Ini adalah bukti konkrit bahawa Islam adalah agama yang mengambil berat tentang aspek keselamatan, keamanan, dan ketenteraman umatnya. Sedikit pun ia tidak membiarkan mereka teraniaya, disakiti, dan diperlakukan sewenang- wenangnya. Hal ini tidak hanya berlaku bagi manusia, tetapi juga haiwan dan tumbuhan. Apabila syariat diterapkan di muka bumi ini, pasti dunia akan damai, tenteram dan aman.

Pengajaran :
  •  Larangan melakukan sesuatu yang berbahaya pada diri sendiri dan orang lain.
  •  Perbuatan yang berbahaya diharamkan seperti rokok dan menggunakan kenderaan dengan cara       menceroboh.


        Wassalam. ^^

4 May 2012

Solat Tak Sempurna ?

Bismillahirrahmanirrahim,

         Solat lah walau dalam keadaan terpaksa sekalipun. Ya!! Itulah yang saya faham taklim petang tadi.
Syaitan memang fasih kalau bab putar belit iman anak Adam.. Hm! Ketika kita sedar bahawa solat kita amatlah tidak sempurna, tidak khusyuk, dan banyak kekurangan, macam cap ayam, terdapat dua situasi.
        Pertama. Kita akan menambah baik mutu solat kita. Berusaha lagi dan lagi untuk menampung kekurangan dalam solat kita selama ini. Belajar untuk faham makna bacaan dalam solat contohnya. Jika situasi ini adalah anda, maka Alhamdulillah. Bersyukur kepada yang Maha Kuasa.
       Situasi kedua. Syaitan akan mainkan peranan nya. " Aahh.. kalau setakat solat, tapi macam tak solat je. Baik tak payah langsung ! Sia sia je.. " Nauzubillah, inilah putar belit syaitan untuk menyesatkan manusia.
       Ingat saudara sekalian ! Bersolatlah walau dalam keadaan terpaksa sekalipun ! Dan janganlah diikut telunjuk Penyesat itu, kerana ingatlah.. Azab untuk orang yang meninggalkan solat itu jauh lagi seksa, pedih dari azab orang yang meringankan solat. Yaa.. Azab Allah itu amatlah seksa kawan kawan sekalian...

      TAPI !! Jangan salahkan apa yang ditulis di atas untuk dijadikan alasan untuk kita terus menunaikan solat dalam keadaan lalai, tidak berusaha untuk menambah mutu solat kita.. Salah ! Apa yang dibandingkan di atas ialah, solat yang tidak sempurna itu adalah lebih baik daripada langsung tidak bersolat tetapi bukan bermaksud membenarkan kita untuk mengambil mudah tentang solat. Jangan keliru. Neraka itu banyak jenis dan disediakan mengikut dosa masing masing. Neraka paling yang amat seksa pedihnya ialah neraka untuk orang kafir. Dan selepas neraka itu ialah neraka bagi mereka yang meninggalkan solat. Seterusnya neraka bagi mereka yang berzina. Dan seterusnya..... .
      Ulama' bersepakat bahawa, meninggalkan solat itu maka dia berada di pintu kekufuran (kafir ). Berhati hatilah sahabat sekalian. Berusahalah untuk menambah mutu solat harian kita.
Kata ulama' biarlah saat kita  mengadap Allah Azza Wa Jalla  nanti, tercatit walaupun satu sahaja solat kita yang betul betul sempurna sepanjang kita hidup di atas bumi Allah ini, Sekurang kurangnya !! Semoga berbekalkan amal itu, kita mendapat syafaat dan mendapat ganjaran kebahagiaan di akhirat kelak. InsyaAllah.
     
     Satu lagi pesan. Luangkanlah 5 minit sahaja tiap kali selepas solat untuk memuji, berzikir kepada Allah. Dalam tiap hati manusia ini, terdapat satu ruangan yang hanya dapat diisi melalui zikrullah. Jika berat bibir untuk menyebut kalimah yang mengagungkan Allah, maka kosong lah ruangan hati tersebut.

     Bacalah Ayatul Kursi setiap kali selepas solat, 70 darjat diangkat. Subhanallah..
     Sebutlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, Selawat 33 kali, Lailahaillah 33           
     kali, Istighfar 33 kali. Insya ALLAH.

Zikir lailahaillah dan istighfar itu tiada hijab melainkan terus sampai kepada Allah, Subhanallah. Setiap zikir yang dilafazkan, merupakan sedekah. Selawat lah, kerana di padang Masyar nanti, Nabi lain tidak mampu untuk memberi syafaat kepada kita, tempat merayu daripada di azab oleh Allah, hanya Nabi Muhammad tercinta sahaja yang mampu meminta kepada Allah semoga diberi kasihani kepada kita. Sayangnya Rasulullah kepada kita, yang tidak kenal pada matanya. Mulianya Rasulullah. Kita mahukan Rasulullah berbuat baik kepada kita kelak, maka berlaku baiklah kepada Rasulullah sekarang, sementara masih sempat !

    Jangan lupa ! Iman itu ada turun, ada naiknya. Selalulah mengingatkan. Semoga tidak mati dalam keadaan iman yang goyah. Amiinn.


#typed and posted by bukan ustaz, hanya rakan seperti anda. Perbetulkan andai ada salah.
Assalamualaikum, Thanks sudi baca. Semoga sama sama dapat syafaat.