Bismillahirrahmanirrahim,
Solat lah walau dalam keadaan terpaksa sekalipun. Ya!! Itulah yang saya faham taklim petang tadi.
Syaitan memang fasih kalau bab putar belit iman anak Adam.. Hm! Ketika kita sedar bahawa solat kita amatlah tidak sempurna, tidak khusyuk, dan banyak kekurangan, macam cap ayam, terdapat dua situasi.
Pertama. Kita akan menambah baik mutu solat kita. Berusaha lagi dan lagi untuk menampung kekurangan dalam solat kita selama ini. Belajar untuk faham makna bacaan dalam solat contohnya. Jika situasi ini adalah anda, maka Alhamdulillah. Bersyukur kepada yang Maha Kuasa.
Situasi kedua. Syaitan akan mainkan peranan nya. " Aahh.. kalau setakat solat, tapi macam tak solat je. Baik tak payah langsung ! Sia sia je.. " Nauzubillah, inilah putar belit syaitan untuk menyesatkan manusia.
Ingat saudara sekalian ! Bersolatlah walau dalam keadaan terpaksa sekalipun ! Dan janganlah diikut telunjuk Penyesat itu, kerana ingatlah.. Azab untuk orang yang meninggalkan solat itu jauh lagi seksa, pedih dari azab orang yang meringankan solat. Yaa.. Azab Allah itu amatlah seksa kawan kawan sekalian...
TAPI !! Jangan salahkan apa yang ditulis di atas untuk dijadikan alasan untuk kita terus menunaikan solat dalam keadaan lalai, tidak berusaha untuk menambah mutu solat kita.. Salah ! Apa yang dibandingkan di atas ialah, solat yang tidak sempurna itu adalah lebih baik daripada langsung tidak bersolat tetapi bukan bermaksud membenarkan kita untuk mengambil mudah tentang solat. Jangan keliru. Neraka itu banyak jenis dan disediakan mengikut dosa masing masing. Neraka paling yang amat seksa pedihnya ialah neraka untuk orang kafir. Dan selepas neraka itu ialah neraka bagi mereka yang meninggalkan solat. Seterusnya neraka bagi mereka yang berzina. Dan seterusnya..... .
Ulama' bersepakat bahawa, meninggalkan solat itu maka dia berada di pintu kekufuran (kafir ). Berhati hatilah sahabat sekalian. Berusahalah untuk menambah mutu solat harian kita.
Kata ulama' biarlah saat kita mengadap Allah Azza Wa Jalla nanti, tercatit walaupun satu sahaja solat kita yang betul betul sempurna sepanjang kita hidup di atas bumi Allah ini, Sekurang kurangnya !! Semoga berbekalkan amal itu, kita mendapat syafaat dan mendapat ganjaran kebahagiaan di akhirat kelak. InsyaAllah.
Satu lagi pesan. Luangkanlah 5 minit sahaja tiap kali selepas solat untuk memuji, berzikir kepada Allah. Dalam tiap hati manusia ini, terdapat satu ruangan yang hanya dapat diisi melalui zikrullah. Jika berat bibir untuk menyebut kalimah yang mengagungkan Allah, maka kosong lah ruangan hati tersebut.
Bacalah Ayatul Kursi setiap kali selepas solat, 70 darjat diangkat. Subhanallah..
Sebutlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, Selawat 33 kali, Lailahaillah 33
kali, Istighfar 33 kali. Insya ALLAH.
Zikir lailahaillah dan istighfar itu tiada hijab melainkan terus sampai kepada Allah, Subhanallah. Setiap zikir yang dilafazkan, merupakan sedekah. Selawat lah, kerana di padang Masyar nanti, Nabi lain tidak mampu untuk memberi syafaat kepada kita, tempat merayu daripada di azab oleh Allah, hanya Nabi Muhammad tercinta sahaja yang mampu meminta kepada Allah semoga diberi kasihani kepada kita. Sayangnya Rasulullah kepada kita, yang tidak kenal pada matanya. Mulianya Rasulullah. Kita mahukan Rasulullah berbuat baik kepada kita kelak, maka berlaku baiklah kepada Rasulullah sekarang, sementara masih sempat !
Jangan lupa ! Iman itu ada turun, ada naiknya. Selalulah mengingatkan. Semoga tidak mati dalam keadaan iman yang goyah. Amiinn.
#typed and posted by bukan ustaz, hanya rakan seperti anda. Perbetulkan andai ada salah.
Assalamualaikum, Thanks sudi baca. Semoga sama sama dapat syafaat.
No comments:
Post a Comment