9 May 2012

Larangan Saling Membahayakan ^^

Abu Sa'id, Sa'ad bin Sinan Al-Khudri RA melaporkan, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda, " Janganlah engkau berbuat mudarat  kepada orang lain dan jangan pula engkau membalas mudarat dengan mudarat yang sama. "
(Hadis hasan diriwayatkan oleh Ibnu Majah dan Daruqutni )

"Janganlah engkau berbuat mudarat kepada orang lain. " Maksudnya, kita tidak boleh mendatangkan mudarat kepada orang lain tanpa alasan yang jelas.

Kita tidak boleh melakukan perbuatan yang membahayakan dan merugikan orang lain kerana jika kita melakukakannya, bererti kita berbuat zalim kepadanya. Padahal, Allah mengharamkan kezaliman atas diri-Nya sendiri dan kita semua.

"Dan jangan pula engkau membalas mudarat dengan mudarat yang sama. " Maksudnya, kita tidak boleh membalas kejahatan orang lain atau menimpakan mudarat kepada orang lain yang menimpakan mudarat kepada kita. Jika ada orang yang mencaci kita, kita tidak boleh mencaci nya semula. Jika ada orang merendahkan kehormatan kita, kita tidak boleh membalasnya semula dengan merendahkan kehormatannya pula.



Nabi bersabda, "Cacian yang diucapkan oleh dua orang yang saling mencela, maka dosanya adalah bagi orang yang memulakannya, selama orang yang dizalimi itu tidak melampaui batas dengan membalas cacian yang lebih daripada yang dicacikan terhadapnya. "

Ada juga ulama' yang berpendapat bahawa erti hadis ini adalah janganlah seseorang itu melakukan perbuatan yang berbahaya atau merugikan orang lain yang tidakdia lakukan pada dirinya. Dan janganlah seseorang saling menimbulkan bahaya atau kerugian  ke atas orang lain.

Ini adalah bukti konkrit bahawa Islam adalah agama yang mengambil berat tentang aspek keselamatan, keamanan, dan ketenteraman umatnya. Sedikit pun ia tidak membiarkan mereka teraniaya, disakiti, dan diperlakukan sewenang- wenangnya. Hal ini tidak hanya berlaku bagi manusia, tetapi juga haiwan dan tumbuhan. Apabila syariat diterapkan di muka bumi ini, pasti dunia akan damai, tenteram dan aman.

Pengajaran :
  •  Larangan melakukan sesuatu yang berbahaya pada diri sendiri dan orang lain.
  •  Perbuatan yang berbahaya diharamkan seperti rokok dan menggunakan kenderaan dengan cara       menceroboh.


        Wassalam. ^^

4 May 2012

Solat Tak Sempurna ?

Bismillahirrahmanirrahim,

         Solat lah walau dalam keadaan terpaksa sekalipun. Ya!! Itulah yang saya faham taklim petang tadi.
Syaitan memang fasih kalau bab putar belit iman anak Adam.. Hm! Ketika kita sedar bahawa solat kita amatlah tidak sempurna, tidak khusyuk, dan banyak kekurangan, macam cap ayam, terdapat dua situasi.
        Pertama. Kita akan menambah baik mutu solat kita. Berusaha lagi dan lagi untuk menampung kekurangan dalam solat kita selama ini. Belajar untuk faham makna bacaan dalam solat contohnya. Jika situasi ini adalah anda, maka Alhamdulillah. Bersyukur kepada yang Maha Kuasa.
       Situasi kedua. Syaitan akan mainkan peranan nya. " Aahh.. kalau setakat solat, tapi macam tak solat je. Baik tak payah langsung ! Sia sia je.. " Nauzubillah, inilah putar belit syaitan untuk menyesatkan manusia.
       Ingat saudara sekalian ! Bersolatlah walau dalam keadaan terpaksa sekalipun ! Dan janganlah diikut telunjuk Penyesat itu, kerana ingatlah.. Azab untuk orang yang meninggalkan solat itu jauh lagi seksa, pedih dari azab orang yang meringankan solat. Yaa.. Azab Allah itu amatlah seksa kawan kawan sekalian...

      TAPI !! Jangan salahkan apa yang ditulis di atas untuk dijadikan alasan untuk kita terus menunaikan solat dalam keadaan lalai, tidak berusaha untuk menambah mutu solat kita.. Salah ! Apa yang dibandingkan di atas ialah, solat yang tidak sempurna itu adalah lebih baik daripada langsung tidak bersolat tetapi bukan bermaksud membenarkan kita untuk mengambil mudah tentang solat. Jangan keliru. Neraka itu banyak jenis dan disediakan mengikut dosa masing masing. Neraka paling yang amat seksa pedihnya ialah neraka untuk orang kafir. Dan selepas neraka itu ialah neraka bagi mereka yang meninggalkan solat. Seterusnya neraka bagi mereka yang berzina. Dan seterusnya..... .
      Ulama' bersepakat bahawa, meninggalkan solat itu maka dia berada di pintu kekufuran (kafir ). Berhati hatilah sahabat sekalian. Berusahalah untuk menambah mutu solat harian kita.
Kata ulama' biarlah saat kita  mengadap Allah Azza Wa Jalla  nanti, tercatit walaupun satu sahaja solat kita yang betul betul sempurna sepanjang kita hidup di atas bumi Allah ini, Sekurang kurangnya !! Semoga berbekalkan amal itu, kita mendapat syafaat dan mendapat ganjaran kebahagiaan di akhirat kelak. InsyaAllah.
     
     Satu lagi pesan. Luangkanlah 5 minit sahaja tiap kali selepas solat untuk memuji, berzikir kepada Allah. Dalam tiap hati manusia ini, terdapat satu ruangan yang hanya dapat diisi melalui zikrullah. Jika berat bibir untuk menyebut kalimah yang mengagungkan Allah, maka kosong lah ruangan hati tersebut.

     Bacalah Ayatul Kursi setiap kali selepas solat, 70 darjat diangkat. Subhanallah..
     Sebutlah Subhanallah 33 kali, Alhamdulillah 33 kali, Allahuakbar 33 kali, Selawat 33 kali, Lailahaillah 33           
     kali, Istighfar 33 kali. Insya ALLAH.

Zikir lailahaillah dan istighfar itu tiada hijab melainkan terus sampai kepada Allah, Subhanallah. Setiap zikir yang dilafazkan, merupakan sedekah. Selawat lah, kerana di padang Masyar nanti, Nabi lain tidak mampu untuk memberi syafaat kepada kita, tempat merayu daripada di azab oleh Allah, hanya Nabi Muhammad tercinta sahaja yang mampu meminta kepada Allah semoga diberi kasihani kepada kita. Sayangnya Rasulullah kepada kita, yang tidak kenal pada matanya. Mulianya Rasulullah. Kita mahukan Rasulullah berbuat baik kepada kita kelak, maka berlaku baiklah kepada Rasulullah sekarang, sementara masih sempat !

    Jangan lupa ! Iman itu ada turun, ada naiknya. Selalulah mengingatkan. Semoga tidak mati dalam keadaan iman yang goyah. Amiinn.


#typed and posted by bukan ustaz, hanya rakan seperti anda. Perbetulkan andai ada salah.
Assalamualaikum, Thanks sudi baca. Semoga sama sama dapat syafaat.

26 April 2012

Fadhilat Ayatul Kursi

       Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
Dari Anas bin Malik r.a. berkata,

“Rasulullah S.A.W bersabda : Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Qur’an sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”

1.Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas memyempurnakan solat fardhu akan dipelihara oleh Allah sehingga solat berikutnya.
2.Allah swt akan menghantar dua malaikat untuk memelihara orang yang membaca ayat al-Kursi ketika berada di tempat pembaringan sehingga waktu subuh.
3.Orang yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu akan memelihara keluarga, juga rumah-rumahnya yang berhampiran dengannya. Boleh juga dimaksudkan terpelihara daripada binatang yang mudharat, bencana alam, kebakaran, dan jahat angkara manusia. Maka Rasulullah s.a.w menyuruh setiap arang agar melakukan sesuatu perbuatan dengan menyebut nama Allah oleh kerana iblis dan syaitan tidak berupaya mengangkat atau membuka sesuatu yang di tutup dengan menyebut nama Allah.
4.Allah tidak menegah mereka yang membaca ayat al-Kursi selepas solat fardhu masuk dalam syurga.
5.Barang siapa yang keluar dari rumahnya dengan membaca ayat al-Kursi, maka Allah utuskan tujuh puluh ribu malaikat kepadanya, mereka memohon keampunan dan mendoakan baginya.
6.Barang siapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari.
7.Barang siapa membacanya, Allah akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
8.Barang siapa yang membacanya ketika dalam kesempitan atau kesusahan, Allah akan menolongnya.

InsyaAllah…

31 March 2012

MAAFKAN ORANG YG MENYAKITI KITA LEBIH BAIK

Assalamualaikum w.b.t
segala puji bg Allah SWT Tuhan sekalian alam,selawat dan salam keatas Rasulullah SAW dan keluarganya serta para sahabat baginda. Alhamdulillah syukur kpd-Nya kerana telah memberi ruang dan peluang kpd ku pd hari ini untuk berkongsi sedikit sebanyak ilmu yg saya ad dgn rakan2 pembaca sekalian.

sekiranya ad seseorg yg menyakiti kita atau melakukan kesalahan terhadp kita..adkah kita sendiri akn pergi kpd mereka dan meminta maaf atau kita tggu mereka dtg kpd kita??
kalau saya..memang saya tk akn pergi kpd mereka..hehe
sbb apa?? sbb EGO kan..
namun begitu,kita tidak sedar bhwa salah satu karakteristik takwa adalah sifat pemaaf, yaitu memaafkan orang lain, bukan meminta maaf. Firman-Nya: Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa, (yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan. (QS. Ali Imran/3: 133-134).
Jika dibandingkan antara memaafkan dengan meminta maaf, tentu jauh lebih sulit memaafkan. Namun, tidak sedikit di antara kita yang lebih menuntut orang lain meminta maaf, bahkan jika perlu minta maaf secara terbuka kepada publik. Padahal meminta maaf merupakan sikap yang sangat wajar dilakukan oleh orang yang telah melakukan kesalahan. Sementara memaafkan merupakan sikap yang amat sulit dilakukan, terlebih kepada orang yang jelas melakukan penganiayaan dan ada kesempatan untuk membalasnya melalui hukum atau cara lainnya.
harga hukuman (qisas) sangatlah mahal dan itulah yg hrus dibyarkan oleh seorg pendendam dan pendgki iaitu org yg menderita krna mmelihara dendam dlm hatinya. jika mrka ingin mmblas dendamnya,mrka hrus mngorbankan hatinya,dagingnya,darahnya,perasaannya,kedamaiannya,ktenteramannya dan kbhagiannya. akhirnya hanya kerugian yg akn diperolehinya.
Allah SWT telah mgkhabarkan kpd kita tntg ubat dan pnyembuhan drpd pnyakit ini,sbgaimana d dlm surah Ali'-Imran ayt 134 "..dan org yg menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) org...
"jdlah kamu pemaaf dan sruhlah org mngerjakan yg ma'ruf,serta berpalinglah dr org yg bodoh" (Al-A'raf: 199)
oleh itu,marilah kita sama2  meminta maaf dan memaafkan org tanpa mngira kita berada di phak benar atau sbliknya kerana sifat ini(meminta maaf dan memaafkan) merupakan salah satu sifat yg mulia. cuba kita renungkan tentang sejarah pembukaan Kota Mekah. Rasulullah tetap mngampunkan msyarakt Arab Jahiliah walaupun mereka pernah melakukan bermacam-macam perkara semasa baginda menyebarkan dakwah di Kota Mekah. dgn sifat bermaaf-maafan juga dpt menjamin keamanan dan mengeratkan hubungan silaturahim antara umat Islam sejagat,Insya-Allah.
akhir kata, TABAHKAN HATIMU DGN BERSABAR..wassalam


5 February 2012

Rasulullah yg TERCINTA

assalamualaikum wbt...
rase nye dh lame tk update blog nie..maklum la kedua-dua ketua dah kene hantar ke dlm hutan(PLKN)..
tp sebenarnye tk de idea la nak tulis dkt sini...
herm.......
memandangkan ini bulan Rabiul Awal iaitu bulan kelahiran Rasulullah SAW,ape kate kita ingt balik kisah Baginda..
banyak kisah tentang Rasululah SAW..ttp yg ingin d kongsi d lebaran ini ialah tentang kisah kewafatan baginda..tinggal nya baginda akn alam yg fana ini bermakna Islam telah kukuh dn sempurna..tugas baginda adlh mnyampaikan,mnyeru serta membimbing kita ke arah jalan yang benar dan lurus..setelah selesai,maka menjadi tanggungjawab kita untuk terus menegakkan agama Allah iaitu Islam yang di bawa oleh baginda..
         
                   *************************************************************                Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata: "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami dirumah Siti Aishah r.a..Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda:

"Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu.Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."

Allah berfirman:
 "Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang
yang bertakwa."

Kemudian kami bertanya: "Bilakah ajalmu ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Ajalku telah hampir dan akan pindah ke hadrat Allah,ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila."
Kami bertanya lagi: "Siapakah yang akan memandikanmu ya Rasulullah?"
Rasulullah menjawab: "Salah seorang ahli bait."
Kami bertanya: "Bagaimana nanti kami mengafanimu ya Rasulullah?"
Baginda menjawab: "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."
Kami bertanya: "Siapakah yang mensolatkanmu di antara kami?"
Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis.
Kemudian baginda bersabda: "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya..Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua."

SEMAKIN TENAT

Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya
yang terakhir. Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius..Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam: "Assalamualaikum ya Rasulullah?"
Kemudian dia berkata lagi: "Assolah yarhamukallah."
Fatimah menjawab: "Rasulullah dalam keadaan sakit."

Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi.
Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk. Setelah Bilal bin Rabah masuk,
Rasulullah saw bersabda: "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."
Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata: "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"
 Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut. Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan.
Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.
Baginda bertanya: "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"
Siti Fatimah menjawab: "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."
Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat.Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:
 "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan
perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."

MALAIKAT MAUT DATANG BERTAMU

           Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya. Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk,maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, diatidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.

         Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw,

Malaikat Maut itupun berkata: "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"
Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu: "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."
Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi: "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"
Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah: "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"
Fatimah menjawab: "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."
Rasulullah saw bersabda: "Tahukah kamu siapakah dia?"
Fatimah menjawab: "Tidak wahai baginda."
Lalu Rasulullah saw menjelaskan: "Wahai Fatimah,dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Masuklah, wahai Malaikat Maut."
Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan: "Assalamualaika ya Rasulullah."
Rasulullah saw pun menjawab: "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"
Malaikat Maut menjawab: "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."
Rasulullah saw bertanya: "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"
Jawab Malaikat Maut: "Saya tinggal dia di langit dunia."
Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw.
Maka bersabdalah Rasulullah saw: "Wahai Jibril,tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"
Jibril menjawab: "Ya, wahai kekasih Allah."

KETIKA SAKARATUL MAUT:

Seterusnya Rasulullah saw bersabda: "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"
Jibril pun menjawab: "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."
Baginda saw bersabda: "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab lagi: "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."
Baginda saw bersabda lagi: "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"
Jibril menjawab: "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."
Kemudian Rasulullah saw bersabda: "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."
Jibril a.s. bertanya: "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"
Rasulullah saw menjawab: "Tentang kegelisahanku.Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku?Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"
Jibril menjawab: "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman: Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."
Maka berkatalah Rasulullah saw: "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."
Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.

Ali r.a. bertanya: "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikanmu dan siapakah yang akan mengafanimu?"
Rasulullah menjawab: "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."
Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:
"Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."
Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya.
Lalu Rasulullah saw bertanya: "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?"
Jibril menjawab: "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat mukamu, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"
Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.

*******************************************************************