7 June 2011

Rahsia Kecantikan Sebenar...

~ Untuk bibir yang menawan, ucapkanlah kalimah-kalimah Allah dan sentiasalah berkata benar.

~ Mahukan wajah yang cantik dan berseri-seri dengan kos yang sedikit?
Apakata anda rajinkan diri anda untuk mengambil wudhuk. Jangan terus mengeringkannya, tapi biarlah air wudhuk itu kering sendiri.

~ Untuk kekal awet muda,gunakanlah senyuman di bibir dan  di hati. Titipkan doa ,"Ya  Allah, sebagaimana kau telah memperindahkan kejadianku, maka perindahkan pula akhlakku,"

~ Untuk tubuh yang langsing, amalkanlah seminggu 2 kali iaitu pada hari Isnin dan Khamis. Makanlah makanan yang halal untuk mengelakkan kembung perut.

~ Stress? Hubungilah Allah di talian bebas masa 24434 (bilangan rakaat) di sejadah . Kos panggilan ialah wudhuk yang sempurna dan pakaian yang bersih serta menutup aurat. Cara komunikasi ialah zikir dan doa. Masa terbaik ialah waktu 1/3 malam.

1 comment: